Pages

Tuesday, 28 February 2012

AWAK MAAFKAN SAYA

 Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak contact awak..
tapi..saya lebih suka contact dengan Allah swt sebab ape?.
Sebab Allah balas dengan sebuah ketenangan, 
tapi awak hanya dengan ungkapan cinta..

Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak luangkan masa untuk awak,
Tetapi..saya lebih suka..luangkan masa bersama Allah swt..sebab ape?
Sebab saya merasakan, saya dekat sangat dengan Allah swt,
tapi..kalau dengan awak..saya takut akan terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu luahkan isi hati saya pada awak..
tapi..saya lebih suka meluahkan isi hati saya pada Allah swt.. sebab ape?
Sebab Allah Maha Mengetahui dan Allah tahu ape..yang terbaik buat saya..
tapi..kalau saya luahkan awak pada awak, saya bimbang hati saya akan berpaling daripada Allah swt..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu ungkapkan rasa sayang itu pada awak,
tapi saya lebih suka ungkapkannya pada Allah swt..sebab ape?
Sebab saya tahu Allah akan membalasnya dengan sebuah kebahagian..
tapi awak hanya mungkin dengan ungkapan sayang sahaja.

Awak..maafkan saya, bukan saya tidak mahu pandang awak 
ketika kita mula berbicara.. tapi saya lebih suka menundukkan pandangan..
sebab ape? Sebab seorang muslimah haruslah tidak memandang dan tidak dipandang.. saya tak mahu awak berdosa dan saya juga 
tidak mahu menanggung dosa..

Awak..maafkan saya..jika tidak dapat membahagiakan awak..
Sebab ape? Sebab kasih sayang saya pada awak tidak boleh 
melebihi kasih sayang saya pada Allah swt..

Awak..saya tak kisah kalau awak nak kata saya tidak berperasaan..
Saya tidak kisah juga, jika awak nak kata saya kolot..
Dan saya juga tak kisah jika awak hendak tinggalkan saya..
Saya menerima dengan senyuman kerana saya tahu..
Allah swt sayangkan saya dan awak..

Dan dari situ, Dia menyalurkan kekuatan dan ketabahn di dalam hati saya untuk menerima segalanya dengan redha..
Saya yakin dengan hikmah yang tersembunyi..walaupun kasih sayang saya terhadap awak terputus, tapi kasih sayang saya pada Allah swt..
tidak pernah terputus.. Saya merasakan diri saya sekarang sentiasa dekat dengan Allah swt walaupun pelbagai ujian yang harus ditempuhi..
Saya juga berharap awak pun begitu.. :) kerana cinta bukan milik kita..



Ingatlah wahai sahabat..Sejauh mana pun kasih sayang kita pada seseorang itu..tidaklah sejauh kasih sayang kita pada Allah swt.. kerana cinta bukan milik kita tetapi milik yang Maha Esa..Yakinlah dengan jodoh yang Allah swt tetapkan untuk kita, kerana setiap orang yang lahir di dunia ini diciptakan berpasang-pasangan.. dan kalian ingat tak, orang selalu kata orang baik untuk orang yang baik, mesti semua orang mengimpi-impikan jodoh yang baik itu, nak dapatkan yang baik? senang je..kalian kena la..perbaiki diri kalian dari sudut, keimanan, tanggungjawab, dan sebagainya. Dan apabila kalian perbaiki diri kalian secara tak langsung, kalian akan dijodohkan dengan yang baik-baik yela..jika dia memperbaiki diri dan anda juga perbaiki diri Insya-Allah apa yang diimpi-impikan menjadi kenyataan.. Alhamdulillah..dan Insya-Allah..

Wednesday, 1 February 2012

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya