Pages

Wednesday, 11 April 2012

WAHAI PEMILIK TULANG RUSUKKU



Wahai pemilik tulang rusukku
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu
Dalam setiap detik saat yang terus berlalu
Aku terus menjadi perindu
Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu
Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu
Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku
Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku...
//
Wahai para gadis yang resah menunggu, la tahzan kerana jodoh...
Insya'Allah Dia akan mempertemukan kamu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya...
Dalam waktu itu, teruskan mencari dan menjadi yang terbaik buatnya...

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya… 

1 - Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. LaluImam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.“Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” ( Surah Al A’araaf 179 )Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?” 
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Monday, 5 March 2012

MUDAHNYA WANITA MENDAPAT PAHALA & SYURGA

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:
  • Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.
Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.


2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.


4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.


5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.


7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.


8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.


9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.


11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.


12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari 
mana-mana pintu yang ia kehendaki.


13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.


14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.


15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.


16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.


17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.


18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.


19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.


20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.


21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.


22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.


23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang 
pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).


24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.


25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.


26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Sunday, 4 March 2012

ANTARA 6 KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”


5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar”(Riwayat Muslim)

Tuesday, 28 February 2012

AWAK MAAFKAN SAYA

 Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak contact awak..
tapi..saya lebih suka contact dengan Allah swt sebab ape?.
Sebab Allah balas dengan sebuah ketenangan, 
tapi awak hanya dengan ungkapan cinta..

Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak luangkan masa untuk awak,
Tetapi..saya lebih suka..luangkan masa bersama Allah swt..sebab ape?
Sebab saya merasakan, saya dekat sangat dengan Allah swt,
tapi..kalau dengan awak..saya takut akan terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu luahkan isi hati saya pada awak..
tapi..saya lebih suka meluahkan isi hati saya pada Allah swt.. sebab ape?
Sebab Allah Maha Mengetahui dan Allah tahu ape..yang terbaik buat saya..
tapi..kalau saya luahkan awak pada awak, saya bimbang hati saya akan berpaling daripada Allah swt..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu ungkapkan rasa sayang itu pada awak,
tapi saya lebih suka ungkapkannya pada Allah swt..sebab ape?
Sebab saya tahu Allah akan membalasnya dengan sebuah kebahagian..
tapi awak hanya mungkin dengan ungkapan sayang sahaja.

Awak..maafkan saya, bukan saya tidak mahu pandang awak 
ketika kita mula berbicara.. tapi saya lebih suka menundukkan pandangan..
sebab ape? Sebab seorang muslimah haruslah tidak memandang dan tidak dipandang.. saya tak mahu awak berdosa dan saya juga 
tidak mahu menanggung dosa..

Awak..maafkan saya..jika tidak dapat membahagiakan awak..
Sebab ape? Sebab kasih sayang saya pada awak tidak boleh 
melebihi kasih sayang saya pada Allah swt..

Awak..saya tak kisah kalau awak nak kata saya tidak berperasaan..
Saya tidak kisah juga, jika awak nak kata saya kolot..
Dan saya juga tak kisah jika awak hendak tinggalkan saya..
Saya menerima dengan senyuman kerana saya tahu..
Allah swt sayangkan saya dan awak..

Dan dari situ, Dia menyalurkan kekuatan dan ketabahn di dalam hati saya untuk menerima segalanya dengan redha..
Saya yakin dengan hikmah yang tersembunyi..walaupun kasih sayang saya terhadap awak terputus, tapi kasih sayang saya pada Allah swt..
tidak pernah terputus.. Saya merasakan diri saya sekarang sentiasa dekat dengan Allah swt walaupun pelbagai ujian yang harus ditempuhi..
Saya juga berharap awak pun begitu.. :) kerana cinta bukan milik kita..



Ingatlah wahai sahabat..Sejauh mana pun kasih sayang kita pada seseorang itu..tidaklah sejauh kasih sayang kita pada Allah swt.. kerana cinta bukan milik kita tetapi milik yang Maha Esa..Yakinlah dengan jodoh yang Allah swt tetapkan untuk kita, kerana setiap orang yang lahir di dunia ini diciptakan berpasang-pasangan.. dan kalian ingat tak, orang selalu kata orang baik untuk orang yang baik, mesti semua orang mengimpi-impikan jodoh yang baik itu, nak dapatkan yang baik? senang je..kalian kena la..perbaiki diri kalian dari sudut, keimanan, tanggungjawab, dan sebagainya. Dan apabila kalian perbaiki diri kalian secara tak langsung, kalian akan dijodohkan dengan yang baik-baik yela..jika dia memperbaiki diri dan anda juga perbaiki diri Insya-Allah apa yang diimpi-impikan menjadi kenyataan.. Alhamdulillah..dan Insya-Allah..

Wednesday, 1 February 2012

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya

Sunday, 29 January 2012

RAHSIANYA PADA DUA WANITA YANG HEBAT

Apakah rahsia lelaki berjaya?
Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat!
“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?
  • Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
  • Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
    • Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
    • Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
    • Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
    • Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
    • Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
    • Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
    • Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
    • Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
    • Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini 



           Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..
    • Siapakah si Dia yang bergelar Bini ?

      • Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
      • Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
      • Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
      • Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
      • Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
      • Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
      • Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
      • Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?
   Kesimpulannya:
  • Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
  • Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
  • Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.